Tahun
2009
Berdasarkan kepada kajian PISA yang
telah dijalankan pada tahun 2009, kedudukan Malaysia di dalam PISA bagi domain Matematik
adalah berada pada kedudukan ke 57 daripada 74 buah negara yang terlibat. Pada
kedudukan ini, Malaysia berjaya memperolehi skor sebanyak 404.

Rajah
3 : Purata Skor dalam PISA 2009
Tahun
2012
Pada tahun ini, kedudukan Malaysia telah
berubah. Bagi domain Matematik, Malaysia menunjukkan peningkatan iaitu berada
di tangga 52 daripada 65 buah negara yang terlibat dengan jumlah skor sebanyak
421. Manakala bagi domain Sains, Malaysia mengalami penurunan dan berada pada
kedudukan 53 daripada 65 buah negara dengan jumlah skor sebanyak 420. Malaysia
telah mengalami penurunan skor sebanyak dua mata.
Seterusnya, domain Bacaan
juga mengalami penurunan skor sebanyak 16 mata iaitu daripada 414 menjadi 398
menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 59 daripada 65 buah negara. Pada
tahun ini, domain yang difokuskan adalah domain Matematik dan terbukti berlaku
peningkatan daripada tahun sebelum ini iaitu sebanyak 21 mata.
Rajah di bawah
merupakan graf pencapaian mengikut jantina bagi ketiga-tiga domain pada tahun
2009 dan 2012. Berlaku perbezaan antara lelaki dan perempuan dan akan
dibincangkan dalam faktor yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam PISA.
Rajah 4 : Graf
Pencapaian Mengikut Jantina
No comments :
Post a Comment