Programme for International Student Assessment (PISA)

Our Topic

ICT DALAM PENDIDIKAN

Aplikasi/Alat PdP Paling Popular


Kajian dalam talian yang dijalankan selama hampir 3 bulan berjaya mendapatkan 186 respon daripada guru-guru ICT seluruh Malaysia. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang menjawab soal selidik tersebut. Berikut adalah senarai aplikasi/alat paling popular digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran bermula yang paling popular.





































































































































































































































































































































































































Lagi Tips Melajukan Komputer Anda



sumber : http://www.myictrooms.co.cc


Semua orang mahu pc atau laptop mereka berfunngsi dengan cepat dan lancar. Anda diberikan lagi 10tips di bawah ini untukmeningkatkan sistem komputer anda. Tidak menjadi masalah jika anda mempunyai RAM 256mb atau2 GB RAM. Tip-tip dibawah iniuntuk menghapuskan sampahmemori dan tetingkap speedup OS.


  1. Biarkan PC anda BOOT sepenuhnya sebelum membuka setiap aplikasi lain.
  2. Refresh desktop selepas menutup aplikasi apapun. Ini akan memadamfail yang tidak terpakai dari RAM.
  3. Jangan mengunakan imej saiz yang sangat besar sebagai wallpaperanda. Jangan meletakkan wallpaper jika PC anda RAM anda rendah(kurang dari 64 MB).
  4. Jangan meletakan SHORTCUT yang banyak pada Desktop (Setiapshortcut pada desktop menggunakan sehingga 500 byte RAM).
  5. Sentiasa menghapuskan data pada RESCYEL BIN.
  6. Buang temporary internet files secara teratur
  7. Defragment hard drive anda setiap dua bulan. Hal ini akanmembebaskan banyak ruang pada hard drive anda dan menyusun semula fail untuk aplikasi anda berjalan lebih cepat.
  8. Selalu membuat dua partitions di hard drive anda. Install semuaSoftwares besar (seperti Photoshop, 3DS Max dll) di partitions kedua.Windows menggunakan semua ruang kosong yang terdapat di drive Csebagai virtual memori apabila anda Komputer RAM penuh.
  9. Ketika install perisian baru mematikan pilihan untuk mempunyai ikonpada dekstop.
  10. Lindungi PC anda daridebu              



Kesan buruk medium sosial


                                                                                   


Oleh Koh Siaw Yoke

Media sosial antara medium komunikasi paling hangat pada abad ini sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup.

Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian.

Penggunaan media sosial yang mudah diakses antara kelebihannya. Hal ini disebabkan aplikasi terdapat di media sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat hingga terlupa pada masa sama mampu memberi kesan negatif terhadap gaya hidup.


Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebab­kan fitnah mudah berlaku.

Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan pada 18 Mac 2014, pelbagai cerita dan spekulasi berterusan ditulis di media sosial.

Masing-masing mengeluarkan teori rekaan sendiri untuk menunjuk pandai dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu.

Kemudahan media sosial sering disalah guna untuk kepentingan peribadi.

Menurut Sengupta dan Chaudhuri (2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira sebagai ‘Internet abuse’ sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada individu.

Kesan penggunaan media sosial juga tidak boleh menafikan mampu mewujudkan individu bersifat anti sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut Cris Rowan (2010), pendedahan pada ­pel­bagai jenis penggunaan teknologi selama lapan jam sehari akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif secara fizikal dan merugikan golongan itu keseluruhannya jika tidak ditadbir dengan sistematik.

Media sosial juga ­mengakibatkan tekanan hidup dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.

Arnett (1999) menggambarkan kehidupan remaja sebagai kehidupan yang sentiasa bergelora. Sikap mengejar kemewahan penggunaan media sosial menjadi satu budaya dalam kehidupan masa kini.

Keterlaluan penggunaan media sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain.

Keadaan ini menyebab­kan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.

Cara menangani kesan media sosial adalah melalui pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.

Masalah atau tekanan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami ­tekanan, namun mempunyai kekuatan dan upaya untuk mengurus tekanan dan menyelesaikan masalah.

Malah, tekanan juga memberi dorongan untuk seseorang melonjakkan diri mereka ke arah hidup yang lebih cemerlang sekiranya mereka dapat menguruskan tekanan dengan baik.

Kerajaan juga hendaklah memainkan peranan untuk mengurangkan kejadian media sosial yang mendatangkan tekanan kepada masyarakat.

Pihak kerajaan perlu me­ngetatkan undang-undang dan peraturan terhadap segala kegiatan penyalahgunaan media sosial.

Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertang­gungjawab memantau dan menangani isu sensitif yang mengancam ­keselamatan negara seperti isu perkauman dan
agama.

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan dengan Internet serta mengambil alih kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan komunikasi.

Sebagai pengguna media sosial, kita perlu ­mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh ­mengurangkan tekanan hidup.

Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan.

Individu perlu berhati-hati dan bijak dalam perkongsian pendapat dan komen serta perbincangan di media sosial.

‘Mencegah itu lebih baik daripada mengubati’. Dengan ini, kita dapat mengurangkan risiko berlakunya penyalahgunaan media sosial, sekali gus mengurangkan masalah sosial dan jenayah daripada berlaku.

Penulis adalah siswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sumber :: Artikal Dari Metro

No comments :

Post a Comment