ISU
1 : MURID
·
Sikap
Murid
Murid atau pelajar adalah sampel yang
digunakan dalam kajian ini. Tingkah laku atau perbuatan murid akan mempengaruhi
pencapaian PISA di negara ini. Sikap murid merupakan faktor yang amat jelas
dalam menilai tahap pengetahuan mereka. Minat selalunya dirujuk sebagai
kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek atau keinginannya untuk
melihat diri kepada objek berkenaan.
Pada
hari ini, kita dapat melihat minat dalam diri pelajar jika mereka meminati
sesuatu, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Berdasarkan kepada kajian
PISA yang dijalankan, kita dapat lihat bahawa peratus dalam domain Matematik pada
tahun 2012 adalah meningkat. Hal ini boleh dikaitkan dengan sikap murid yang mula
menunjukkan minat mempelajari dan menguasai subjek Matematik.
Menurut
Mohammad Abdillah Samsuiman et al. (2014) minat merupakan aspek yang berkait
rapat dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap
positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang
bermakna dan berkesan. Namun adakalanya minat tidak selari dengan sikap
sesorang. Kenworthy dalam Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang
berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada
cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti
pembelajaran yang menarik. Guru juga perlu berperanan dalam menarik minat
pelajar.
Menurut
Noor Erma et al. (2014), minat merupakan suatu perkara penting sebagai
pendorong kepada pelajar untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran.
Ismail (1992) menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap
sesuatu perkara atau aktiviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka dengan
lebih jauh. Dalam subjek Matematik, minat merupakan satu aspek yang amat
penting bagi menjadikan minda bergerak aktif untuk mencari penyelesaian
terhadap suatu penyelesaian. Menurut Crow & Crow (tahun tidak dinyatakan,
dalam Abdul Halim, 1998) minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda,
kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang
oleh kegiatan itu sendiri.
·
Tahap
Pemikiran Murid (KBAT)
Faktor seterusnya yang mempengaruhi
kedudukan Malaysia dalam PISA dari segi murid ialah tahap pemikiran murid.
Tahap pemikiran ini lebih merujuk kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau
lebih dikenali sebagai KBAT.
KBAT
boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat 6 aspirasi murid
untuk bersaing di peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu
daripadanya. Bagi melahirkan sebuah negara yang mampu untuk “duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi” dengan negara lain, KBAT merupakan salah satu teknik yang baik
untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. KBAT sedikit sebanyak membantu
pelajar yang terlibat dalam kajian PISA. Hal ini kerana, soalan yang dijawab
memerlukan murid untuk berfikir dengan kritis dan kreatif. Setiap pelajar
mempunyai kemampuan masing-masing dan tahap pemikiran mereka juga berbeza.
Menurut
Paul dan Elder (2002) kecenderungan seseorang untuk berfikir secara kritis
apabila dia memastikan akan menghasilkan satu pemikiran terbaik yang mampu
dilakukan dalam apa jua keadaan. Dengan erti kata lain, kecenderungan berfikir
secara kritis perlu dilatih dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Jika ia
terus dipraktikkan setiap hari, kemungkinan besar dapat melahirkan lebih ramai pelajar
yang cemerlang.
ISU
2 : SOKONGAN DAN PERSEKITARAN
·
Peranan
Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan
daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan
anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Menurut
kajian Nor Azuan bin Hassim (2003), faktor keadaan keluarga yang paling
mempengaruhi akademik pelajar adalah berkaitan sifat ibu bapa yang penyayang
dan mengambil berat pendidikan anak-anak. Sifat ibu bapa boleh menjadi
perangsang kepada pelajar untuk mendorong mereka berjaya dalam pelajaran.
Faktor
dorongan ibu bapa ini dilihat merangkumi beberapa aspek samada dari aspek
sokongan moral mahu pun meliputi bantuan berbentuk fizikal. Baru-baru ini, ahli
kumpulan saya telah menemui satu sumber yang mengukuhkan lagi faktor ini di
laman muka buku (facebook) yang
merupakan satu medium rasmi sekolah tempat beliau menjalani latihan mengajar.
Daripada sumber itu menunjukkan bahawa seorang nenek yang begitu bersemangat
untuk mengetahui perkembangan akademik cucunya telah datang ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abu Bakar ketika pengetua memberi taklimat tentang PISA. Di
sini dapat dilihat keluarga memberi sokongan moral yang tinggi untuk melihat
anak-anak mereka berjaya.
· Rakan
Sebaya
Rakan sebaya memainkan peranan penting
dalam kehidupan pelajar. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses
sosialisasi dalam keluarga. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan
remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Menurut
Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar.
Menurut
Rohani Abdullah (2001), kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif
dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang
individu. Kebanyakkan pelajar lebih mudah terpengaruh dan tercabar dengan rakan
sebaya. Berdasarkan kajian oleh Bharath Sriraman (2008) di dalam jurnal ZDM
Mathematics Education, pengaruh rakan sebaya antara lelaki dan perempuan adalah
berbeza. Golongan lelaki lebih mudah menerima pengaruh negatif dari rakan
sebaya berbanding perempuan yang lebih cenderung untuk bersaing secara sihat
dari segi akademik. Kemungkinan ini merupakan salah satu faktor yang mendorong
kepada perbezaan graf antara lelaki dan perempuan dalam hasil kajian PISA yang
telah dijalankan.
No comments :
Post a Comment