Programme for International Student Assessment (PISA)

Our Topic

INISIATIF KERAJAAN (TINDAKAN SUSULAN)


INISIATIF KERAJAAN (TINDAKAN SUSULAN)
“Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti mempertingkatkan standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara-negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya saing negara dan membina 1 Malaysia. Sebagai contoh, bagi menyumbang ke arah gagasan 1 Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya akan memastikan sasaran yang dirancang tercapai, dan saya menyeru pada ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup bekerja bersama saya dalam menjadikan impian ini satu kenyataan”.

Sumber :: Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia.

1. KSSR/ KSSM
KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017. Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT).

    

 Rajah 1 Transformasi Kurikkulum.

2. TASK FORCE
Usaha mengukuhkan penguasaan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bacaan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah sudah bermula lebih awal melalui inisiatif yang digerakkan kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara setara peringkat antarabangsa. Hal ini termasuklah mewujudkan pasukan petugas atau Task Force yang berperanan, antaranya merancang pelan strategik pendidikan secara menyeluruh untuk jangka masa pendek dan panjang serta memantau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah untuk lebih berpusatkan murid dan lebih penekanan diberikan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pasukan ini dianggotai oleh ahli akademik serta pakar dalam bidang sains dari institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan berkanun serta pertubuhan profesional seperti Petrosains, Institut Kimia Malaysia, Akademi Sains Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) selain pegawai kanan Kementerian sendiri.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Dr Masnah Ali Muda berkata, Task Force diperkenalkan pada Februari tahun lalu dengan matlamat melaksanakan langkah lebih proaktif bagi memenuhi keperluan menghasilkan modal insan cekap sains dan teknologi. Bersesuaian dengan penyertaan Malaysia dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA), pasukan Task Force turut dipertanggungjawabkan melakukan analisis terperinci ke atas dapatan dua pentaksiran terbabit bagi mengenal pasti sebarang kelemahan mahupun penambaikan yang boleh dilakukan dalam sistem pendidikan sedia ada.

3. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.
Rajah 4.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.      Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.      Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4.      Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.      Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8.      Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.      Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. Manakala Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. Kini, penyertaan Malaysia dalam TIMSS dan PISA akan menjadi kayu ukur terhadap tindakan yang diambil kerajaan untuk merealisasikan hasrat negara untuk berada pada kedudukan satu pertiga teratas menjelang tahun akhir PPPM pada 2025. Antara inisiatif di bawah PPPM 2013-2025 termasuk menanda aras kurikulum antarabangsa dalam sistem pendidikan negara menerusi sukatan yang digubal semula serta penyediaan soalan berbentuk aras tinggi seumpama dua pentaksiran berkenaan di sekolah.

4.  I-THINK
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.
                                        

       
4.4 Lapan Peta Pemikiran I-Think.

Program I-Think di bawah perlaksanaan PPM adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dengan menggunakan alat berfikir Thinking tools murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berpusatkan murid mengalakkan prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir Di samping itu, hubungan guru dan murid juga semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator.



                    Rajah 4 Perlaksaan Program I-Think Secara Berperingkat.

5. KAJIAN KES
Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang menjalankan kajian kes di sekolah cemerlang PISA 2009 untuk mengenal pasti amalan terbaik yang boleh dikongsi dengan sekolah lain. Kerjasama dengan IPT tempatan turut dilakukan untuk menjalankan kajian susulan terhadap sekolah yang mengambil bahagian dalam PISA 2009.


No comments :

Post a Comment