Programme for International Student Assessment (PISA)

Our Topic

ISU -ISU UJIAN PISA

Terdapat 6 isu(faktor) yang mempengaruhi ujian PISA di Malaysia. Setelah membuat pembahagian tugasan individu bersama ahli kumpulan yang lain, laporan individu saya akan menghuraikan dan memperincikan dua(2) isu yang mempengaruhi ujian PISA, iaitu isu guru dan soalan PISA.
     
      Dr. Zabani (2012), menyatakan bahawa 60% pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam matematik dan kedudukan Malaysia adalah dalam kelompok 20 negara tercorot. Rajah 3 di bawah menunjukkan kedudukan Malaysia dalam ujian PISA 2012 dalam literasi matematik :




57. Malaysia - 404


Sumber : Kajian TIMSS dan PISA – Status Pencapaian Malaysia

1.1  Isu Guru
1.1.1        Lambakan Kerja Guru
Hasil kajian oleh Noornazifah (2008), menyatakan bahawa seseorang tidak akan dapat bekerja secara efektif sekiranya dibebani dengan kerja yang banyak. Kajian ini disokong oleh Greenglass et.al (1997), beban kerja menjadi salah satu penyumbang utama kepada stres di kalangan guru.

Dalam kajian beliau mendapati guru terpaksa melakukan kertas kerja yang terlalu banyak, persediaan kelas, membuat laporan dan menghantar laporan mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru juga terlibat dengan peperiksaan dan laporan bertulis oleh pelajar. Tambahan pula jumlah bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas membebankan guru.
Hal ini dapat disimpulkan bahawa, lambakan kerja guru yang banyak akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang terlalu banyak kerja tidak akan dapat membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Tanpa persediaan yang rapi, guru tidak akan dapat memastikan pengajaran tersebut mencapai objektif.

1.1.2        Kualiti Guru
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Daripada perenggan di atas, dapat dilihat bahawa FPG(Falsafah Pendidikan Guru) telah menekankan kualiti guru daripada awal lagi. Kualiti guru lebih mempengaruhi prestasi pelajar berbanding pemboleh ubah lain. Guru yang bertanggungjawab mencorak dan mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang, baik budi pekerti serta mampu bersaing di persada dunia.

Guru yang berkualiti akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti, seterusnya melahirkan pelajar yang berkualiti. Tambahan lagi, pelajar yang berkualiti merupakan pelajar yang mempunyai modal insan yang seimbang dan holistik. Pelajar-pelajar ini akan memenuhi keperluan ekonomi negara berasaskan pengetahuan.  Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan cabaran utama pendidikan abad ke-21 yang berkait rapat dengan kualiti guru :
Rajah 4 : Cabaran Utama Pendidikan Abad ke-21
Sumber : Dr Haji Zahri bin Aziz, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rajah 5 : Kualiti guru merupakan penentu utama prestasi murid
Sumber : Dr Haji Zahri bin Aziz, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Negara Finland merupakan negara yang sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan kerana merupakan salah satu negara yang terbaik dalam pendidikan di dunia. Hal ini kerana, Finland amat mementingkan kualiti guru. Hanya guru yang benar-benar layak sahaja akan dilantik sebagai guru.

Pengarah Pusat Mobiliti Antarabangsa (CIMO) Finland, Dr. Pasi Sahlberg melaporkan bahawa ramai daripada graduan cemerlang di Finland cenderung untuk memohon menjadi guru. Daripada jumlah yang ramai itu, hanya 12 hingga 14 peratus sahaja berjaya dilatih sebagai guru. 

Selain daripada Finland, antara negara-negara yang sering mengungguli ujian PISA ini adalah Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

1.1.3        Keutamaan menghabiskan sukatan pelajaran
Terdapat beberapa kes dimana guru hanya memberi keutamaan untuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dibuat secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep.
Seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik. Kefahaman konsep merupakan perkara penting dalam pembelajaran matematik. Para pelajar yang tidak dapat menguasai konsepnya menganggap matapelajaran itu sukar.

Oleh itu, menjadi tugas guru untuk membantu pelajar memahami konsep tersebut dengan baik. Guru yang beretika akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

1.1  Isu Soalan PISA
Soalan PISA merupakan soalan yang telah dikumpulkan daripada negara-negara yang menyertai ujian PISA. Soalan PISA mengaplikasikan kehidupan seharian dan juga kemahiran berfikir aras tinggi. Menurut KPM, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, memmbuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Justeru itu, soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran kerana jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta.



1.1.1        Perbezaan Soalan Peperiksaan Awam dengan Soalan PISA
Soalan peperiksaan awam dan soalan PISA berbeza dari segi format soalan. Soalan peperiksaan awam tertumpu dan ringkas, manakala soalan PISA merupakan soalan panjang dan memerlukan pemikiran aras tinggi.
Peperiksaan Awam
Soalan PISA
i.        Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.
ii.      Operasi yang perlu digunakan adalah jelas.
i.        Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
ii.      Meningkatkan kemahiran menaakul.
iii.    Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas.
iv.    Menggalakkan lebih daripada satu cara penyelesaian dan strategi.
v.      Terdapat lebih daripada satu jawapan.
vi.    Lebih mencabar
vii.  Berupaya membentuk murid yang kreatif dan inovatif.

Rajah 6 : Ciri-Ciri Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Sumber : Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Tinggi

1.1.1.1  Contoh Soalan Peperiksaan Awam dan Soalan PISA
Contoh soalan di bawah akan menampakkan lagi perbezaan format soalan peperiksaan awam dan soalan PISA.
Soalan Peperiksaan Awam
Cari perimeter kawasan berbentuk segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter.

Soalan PISA
Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia mempunyai 20 meter wayar pagar.
1.      Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?
2.      Bentuk manakah yang terbaik?

No comments :

Post a Comment