Programme for International Student Assessment (PISA)

Our Topic

PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM PISA

Tahun 2009
Berdasarkan kepada kajian PISA yang telah dijalankan pada tahun 2009, kedudukan Malaysia di dalam PISA bagi domain Matematik adalah berada pada kedudukan ke 57 daripada 74 buah negara yang terlibat. Pada kedudukan ini, Malaysia berjaya memperolehi skor sebanyak 404.





                                        Seterusnya bagi domain Sains pula, Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 74 buah negara dengan memperoleh skor sebanyak 422. Bagi domain Bacaan pula, Malaysia terletak pada kedudukan 55 daripada 74 buah negara dengan skor sebanyak 414. Penglibatan Malaysia kali pertama dalam PISA 2009 sedikit sebanyak mendorong kepada kedudukan Malaysia dalam semua negara yang terlibat. Rajah di bawah merupakan purata skor dalam PISA 2009.









Rajah 3 : Purata Skor dalam PISA 2009

Tahun 2012
Pada tahun ini, kedudukan Malaysia telah berubah. Bagi domain Matematik, Malaysia menunjukkan peningkatan iaitu berada di tangga 52 daripada 65 buah negara yang terlibat dengan jumlah skor sebanyak 421. Manakala bagi domain Sains, Malaysia mengalami penurunan dan berada pada kedudukan 53 daripada 65 buah negara dengan jumlah skor sebanyak 420. Malaysia telah mengalami penurunan skor sebanyak dua mata.
Seterusnya, domain Bacaan juga mengalami penurunan skor sebanyak 16 mata iaitu daripada 414 menjadi 398 menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 59 daripada 65 buah negara. Pada tahun ini, domain yang difokuskan adalah domain Matematik dan terbukti berlaku peningkatan daripada tahun sebelum ini iaitu sebanyak 21 mata.
Rajah di bawah merupakan graf pencapaian mengikut jantina bagi ketiga-tiga domain pada tahun 2009 dan 2012. Berlaku perbezaan antara lelaki dan perempuan dan akan dibincangkan dalam faktor yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam PISA.

               

Rajah 4 : Graf Pencapaian Mengikut Jantina

No comments :

Post a Comment